Mengapa Diet Penting



Diet ialah cara pemakanan seseorang. Memang penting untuk kita menjaga diet ataupun cara pemakanan kita. Ia adalah supaya badan kita kekal sihat. Badan yang sihat boleh menghalang penyakit daripada menyerang.

Jika kita tidak jaga diet kita, pasti badan kita tidak seimbang. kekurangan zat dan vitamin akan menyebabkan kesihatan badan menjadi tidak seimbang.

salah satu cara utuk mengetahui berat badan kita berada di tahap yang sesuai ialah dengan menggunakan pengiraan BMI. BMI ini akan menentukan samada badan kita terlebih gemuk, (obesiti), terlebih kurus ataupun kita sudah pun mempunyai berat badan yang ideal.



BMI ini biasanya diguna pakai oleh syarikat insurans atau takaful untuk mengetahui samada pemohon insurans mempunyai tahap kesihatan yang baik ataupun tidak.

Jika anda mempunyai bacaan BMI yang menunjukkan berat badan berlebihan, adalah penting bagi anda untuk menjaga diet anda. Diet yang melulu dengan menahan lapar tanpa ilmu akan merugikan anda dimana usaha anda akan menjadi sia-sia.

jadi di blog ini saya akan kongsikan info-info tentang diet. selalulah melawat blog ini untuk mengetahui tentang diet ini.

Berapa bacaan BMI anda? Jom kita kira...

Catat Ulasan

0 Ulasan